....

Motivasi

5 Tips mengurus masa dengan lebih efektif.

1. Selesaikan semua tugasan dengan segera. Elakkan daripada mengambil sikap bertangguh. Semakin lama anda bertangguh, maka momentum anda semakin hilang. Jadi lakukannya secepat mungkin untuk mengelak momentum tersebut hilang umhnya.

2. Tahu dan kenalpasti tugasan yang menjadi keutamaan anda. Tentukan apa yang yang penting dan perlu disiapkan segera.

3. Agihkan kerja dan minta bantuan daripada orang lain yang lebih mahir. Berilah mereka peluang untuk membantu anda.Seperti seorang murid yang meminta pertolongan seorang guru untuk menyelesaikan soalan yang sukar hendak dijawab.

4. Amalkan sikap mementingkan diri sendiri kadang kala. Kadang-kadang anda perlu kikiskan rasa bersalah tidak membantu orang lain. Andalah sebenarnya perlu dibantu.

5. Lakukan perancangan. Untuk sesuatu tugasan, rancang dahulu bagaimana anda hendak menyelesaikannya. Ia mampu menjimatkan banyak masa anda.

Pengurusan masa penting dalam menjadi pelajar dan manusia Smart. Selamat menjadi pelajar dan manusia smart. :-)

RENUNG SEJENAK

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan~

Imaginasi adalah sesuatu yang amat berguna kepada pelajar. Ia boleh membuat pelajar merasa bahawa belajar itu susah, atau belajar itu senang. Maksudnya, jika di dalam imaginasi pelajar itu menunjukkan bahawa belajar itu adalah perkara susah, maka pelajar itu pasti merasa susah semasa hendak belajar.

Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan. ~Albert Einstein~

 

Perjalanan Pertama

PERJALANAN PERTAMA 
SEBATANG POHON YANG BESAR BERASAL DARI SEBIJI BENIH,

SEBUAH BANGUNAN YANG TINGGI BERMULA DENGAN SEBAKUL TANAH,

DAN UNTUK BERJALAN BERIBU-RIBU BATU, BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA.

-- Pepatah Cina --

MENUJU KEJAYAAN

MENUJU  KEJAYAAN
KESEDARAN WALAUPUN SESAAT,
SERING KALI LEBIH BERHARGA DARI PENGALAMAN SEPANJANG HAYAT

MENGHARGAI SEJARAH

MENGHARGAI  SEJARAH
SEKIRANYA KITA TIDAK MENGAMBIL PENGAJARAN DARI SEJARAH,
MAKA TIDAK MUSTAHIL SUATU HARI NANTI,
KITA AKAN MENGULANGI KESILAPAN YANG LALU

FOKUSKAN FIKIRAN

FOKUSKAN  FIKIRAN
JADILAH KANTA CEMBUNG YANG MEMANCARKAN CAHAYA PADA FOKUSNYA.
JANGAN JADI KANTA CEKUNG YANG MENCAPAH CAHAYA TIDAK TENTU HALA
 

 

 

 

                                                    https://mail.google.com/mail/?hl=en&shva=1#inbox/128b953b6c4eebb8

Search site

© 2010 All rights reserved.