....

Aktif kokurikulum, cemerlang akademik

01/09/2010 01:19

 DIA pelajar aktif dalam kokurikulum, tetapi tetap cemerlang dalam pelajaran, menjadikan Mohamad Akhbar Ali contoh terbaik kepada rakannya.

Mohamad Akhbar mengakui pembabitan dalam akademik dan sukan membantu menjana kecemerlangan.


"Akademik dan sukan mempunyai matlamat sama iaitu kecemerlangan. Kita perlu komited dan fokus, inilah rahsia saya," kata pelajar semester 5, bidang Biomedical Science di Faculty of Health & Life Sciences (FHLS), Management & Science University (MSU).


Dia penerima Anugerah Dekan manakala dalam sukan, atlet jalan kaki itu meraih pelbagai kejayaan peringkat kebangsaan dan serantau.


Mula terbabit dalam sukan jalan kaki sejak berusia 13 tahun, antara kejohanan pernah disertainya - Asean School Games 2006 di Kuala Lumpur (pingat gangsa); Sukan Malaysia di Negeri Sembilan 2006 dan Kedah 2008 (gangsa dan perak); Sukan Institusi Pendidikan Malaysia 2009, selain tempat pertama Belia Shah Alam Anggerik Walk 2010.


Pelajar kelahiran Pontian, Johor ini pernah gagal meneruskan pengajian bidang perubatan, namun ia pembakar semangat untuk terus mengejar impiannya bergelar doktor. "MSU platform saya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan, kini impian itu bakal terlaksana.


"MSU banyak membantu malah dorongan pensyarah serta modul pengajian mantap adalah antara faktor kejayaan," katanya yang juga Presiden Kelab Biomedical Science, MSU.


MSU menawarkan pelbagai program pengajian yang relevan dengan keperluan industri melalui Faculty of Health & Life Sciences, Faculty of Business Management and Professional Studies, Faculty of Information Sciences and Engineering , International Medical School, School of Pharmacy, School of Nursing, Center for Foundation Studies, School of Graduate Studies dan Graduate Management Centre Maklumat lanjut mengenai program pengajian ditawarkan, hubungi talian 03-5521 6868, faksimili 03-5521 6515, e-mel: enquiry@msu.edu.my atau laman web www.msu.edu.my.

Back

Search site

© 2010 All rights reserved.